Upin & Ipin (musim 8)
Upin & Ipin (musim 8)

Upin & Ipin (musim 8)

Sempena musim kelapan, siri Upin & Ipin kembali menggunakan format satu hari satu bahagian, tiga hari berturut-turut (kecuali "Pengalaman Puasa" yang mana kesemua bahagian disiarkan dalam hari yang sama tetapi Bahagian 1 terpisah waktu siaran dengan Bahagian 2 dan 3 sebanyak dua jam)[1] untuk tayangan perdana di TV9 walhal sebelum ini ia disiarkan ketiga-tiga bahagian berturut-turut dalam slot setengah jam.Musim ini ditaja oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mempunyai satu episod yang menampilkan isu rasuah dalam rangka hari Antirasuah Sedunia, 9 Disember 2014. Selain itu, musim ini ditaja oleh Toyota.

Upin & Ipin (musim 8)

Bil. episod 42
Tarikh siaran 30 Mei (2014-05-30) –
25 Disember 2014 (2014-12-25)
Negara asal Malaysia
Rangkaian TV9